Saturday, 20 January 2018

Pengalaman Temuduga di UPSI, Tanjung Malim.

Bismillah. Assalamualaikum semua. InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menduduki ujian  Temuduga UPSI.

Baiklah, pertama sekali saya sekarang pelajar semester 3 dari Kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Tanjung Malim. Tahun 2018.

Tahniah saya ucapkan kepada yang telah berjaya dalam Ujian Medsi. Setelah lulus ujian medsi akan ada Ujian Temuduga. Pengalaman saya dalam meduduki temuduga bagi ISMP Pendidikan Islam ada 2 ujian temuduga dan 1 ujian bertulis.

Terdapat 2 ujian temuduga :

  • Ujian temuduga yang pertama , dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ada 2 orang interviewer dari pensyarah UPSI akan tanya tentang sedikit latar belakang kita, masalah-masalah isu semasa yang berkaitan, general knowledge dan minat kita dalam pendidikan (bagi temuduga pendidikan). So, prepare je dalam dua bahasa itu dan alert isu semasa.

  • Kedua Ujian temuduga (Lisan) bagi kos PENDIDIKAN ISLAM. Akan ada 2 orang interviewer dari pensyarah & ustaz-ustaz UPSI yang akan tanya.
Okay focus ye untuk ujian lisan ni. Akan ada soalan :
  • Tilawah Al-Quran dan tajwid
  • I'rab ayat. (Ayat pendek je)
  • Translate ayat dari Bahasa Arab ke Melayu.
  • Cerita latar belakang diri dalam Bahasa Arab.
Ujian lisan ni agak susah sikit tapi soalannya InsyaAllah mudah-mudah sahaja macam kita belajar spm dulu-dulu. hee Jadi buat persediaan yang rapi ye. Recall balik apa yang dah belajar dulu dan buat ulangkaji InsyaAllah boleh !!


Next , Ujian bertulis . Bagi kos Pendidikan Islam . Anda akan buat KARANGAN BAHASA ARAB. special ye kos pendidikan Islam ada karangan hehe. Tak ingat berapa patah perkataan tapi antara 150-300 patah perkataan sahaja.  Akan diberi 5 pilihan tajuk dan kita dikendaki pilih 1 tajuk sahaja. 
Tajuk-tajuk yang biasa keluar biasalah tajuk-tajuk mengenai pendidikan , menuntut ilmu , pelajaran dan isu-isu semasa dan sebagainya lah tak dapat di jangka topik apa yang akan keluar. Jadi study lah topik2 macam tu dan buat persediaan InsyaAllah.


hmm setakat ni tu saja saya ingat yang dapat dikongsikan , sedikit tips temu duga upsi berdasarkan pengalaman saya, kalau ada pertayaan komen je dekat bawah ni ye . InsyaAllah saya reply. Thank you for reading.  dan selamat berjaya !! 




Pengalaman Temuduga di UPSI, Tanjung Malim.

Bismillah. Assalamualaikum semua. InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menduduki ujian  Temuduga UPSI. Baiklah...