Saturday, 20 January 2018

Pengalaman Temuduga di UPSI, Tanjung Malim.

Bismillah. Assalamualaikum semua. InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menduduki ujian  Temuduga UPSI.

Baiklah, pertama sekali saya sekarang pelajar semester 3 dari Kos Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , Tanjung Malim. Tahun 2018.

Tahniah saya ucapkan kepada yang telah berjaya dalam Ujian Medsi. Setelah lulus ujian medsi akan ada Ujian Temuduga. Pengalaman saya dalam meduduki temuduga bagi ISMP Pendidikan Islam ada 2 ujian temuduga dan 1 ujian bertulis.

Terdapat 2 ujian temuduga :

  • Ujian temuduga yang pertama , dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ada 2 orang interviewer dari pensyarah UPSI akan tanya tentang sedikit latar belakang kita, masalah-masalah isu semasa yang berkaitan, general knowledge dan minat kita dalam pendidikan (bagi temuduga pendidikan). So, prepare je dalam dua bahasa itu dan alert isu semasa.

  • Kedua Ujian temuduga (Lisan) bagi kos PENDIDIKAN ISLAM. Akan ada 2 orang interviewer dari pensyarah & ustaz-ustaz UPSI yang akan tanya.
Okay focus ye untuk ujian lisan ni. Akan ada soalan :
  • Tilawah Al-Quran dan tajwid
  • I'rab ayat. (Ayat pendek je)
  • Translate ayat dari Bahasa Arab ke Melayu.
  • Cerita latar belakang diri dalam Bahasa Arab.
Ujian lisan ni agak susah sikit tapi soalannya InsyaAllah mudah-mudah sahaja macam kita belajar spm dulu-dulu. hee Jadi buat persediaan yang rapi ye. Recall balik apa yang dah belajar dulu dan buat ulangkaji InsyaAllah boleh !!


Next , Ujian bertulis . Bagi kos Pendidikan Islam . Anda akan buat KARANGAN BAHASA ARAB. special ye kos pendidikan Islam ada karangan hehe. Tak ingat berapa patah perkataan tapi antara 150-300 patah perkataan sahaja.  Akan diberi 5 pilihan tajuk dan kita dikendaki pilih 1 tajuk sahaja. 
Tajuk-tajuk yang biasa keluar biasalah tajuk-tajuk mengenai pendidikan , menuntut ilmu , pelajaran dan isu-isu semasa dan sebagainya lah tak dapat di jangka topik apa yang akan keluar. Jadi study lah topik2 macam tu dan buat persediaan InsyaAllah.


hmm setakat ni tu saja saya ingat yang dapat dikongsikan , sedikit tips temu duga upsi berdasarkan pengalaman saya, kalau ada pertayaan komen je dekat bawah ni ye . InsyaAllah saya reply. Thank you for reading.  dan selamat berjaya !! 




Friday, 14 April 2017

Forum : Apakah akan terjadi kepada manusia sekiranya tiada kitab Allah diturunkan kepada mereka?

Assalamualaikum.

Apakah akan terjadi kepada manusia sekiranya tiada kitab Allah diturunkan kepada mereka?
Sekiranya tiada kitab Allah yang diturunkan maka :
  1. Manusia tiada petunjuk dan panduan hidup. Hal ini kerana Al-quran merupakan petujuk yang jelas kepada manusia supaya dapat membezaan antara baik dan buruk. Selain itu , manusia juga tidak ada pedoman hidup kerana kitab Allah yang diturunkan mengandungi nilai-nila yang boleh dipelajari dan dapat dijadikan pedoman untuk menjalani kehidupan. Seperti yang telah dijelaskan dalam ayat :
الركِتَابٌأَنْزَلْنَاهُإِلَيْكَلِتُخْرِجَالنَّاسَمِنَالظُّلُمَاتِإِلَىالنُّورِبِإِذْنِرَبِّهِمْإِلَىصِرَاطِالْعَزِيزِالْحَمِيدِ
“Alif laam raa (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.” Ibrahim: 1).

  1. Manusia tidak akan mengetahui sesuatu ilmu. Sebagai contoh banyak maklumat dan ilmu pengetahuan yang terkandung dalam Al-Quran yang boleh kita pelajari. Terdapat banyak fakta dan kebenaran yang ada di dalam Al-quran.Al-Quran mengandungi banyak ilmu pengetahuan seperti yang telah dijelaskan dalam ayat :
لَقَدْكَانَفِيقَصَصِهِمْعِبْرَةٌلأولِيالألْبَابِمَاكَانَحَدِيثًايُفْتَرَىوَلَكِنْتَصْدِيقَالَّذِيبَيْنَيَدَيْهِوَتَفْصِيلَكُلِّشَيْءٍوَهُدًىوَرَحْمَةًلِقَوْمٍيُؤْمِنُونَ﴿۱۱۱
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan rahmat bagi kaum yang beriman.” Yusuf [12]: 111).

  1. Manusia tidak akan takut dan kenal Allah. Sesungguhnya kita hendaklah beriman dan takut kepada Allah untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Kita hendaklah melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Hal ini diterangankan di dalam ayat :
يَاأَيُّهَاالَّذِينَآمَنُوااتَّقُوااللَّهَحَقَّتُقَاتِهِوَلاتَمُوتُنَّإِلاوَأَنْتُمْمُسْلِمُونَ﴿۱۰۲﴾وَاعْتَصِمُوابِحَبْلِاللَّهِجَمِيعًاوَلاتَفَرَّقُواوَاذْكُرُوانِعْمَةَاللَّهِعَلَيْكُمْإِذْكُنْتُمْأَعْدَاءًفَأَلَّفَبَيْنَقُلُوبِكُمْفَأَصْبَحْتُمْبِنِعْمَتِهِإِخْوَانًاوَكُنْتُمْعَلَىشَفَاحُفْرَةٍمِنَالنَّارِفَأَنْقَذَكُمْمِنْهَاكَذَلِكَيُبَيِّنُاللَّهُلَكُمْآيَاتِهِلَعَلَّكُمْتَهْتَدُونَ﴿۱۰۳
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam (102). Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk (103). (QS. Ali Imran: 102-103).

Oleh itu, jelaslah bahawa manusia perlukan kitab Allah yang diturunkan untuk menjadi panduan dan pedoman dalam menjalani kehidupan mereka.

Wallahu a'lam
Sekian Terima kasih.

Wednesday, 12 April 2017

Bincangkan bagaimana beriman dengan Malaikat dapat melahirkan seseorang yang berani menegakkan kebenaran walaupun sukar.

Assalamualaikum.
Seseorang itu hendaklah beriman dan percaya akan kewujudan para malaikat. Apabila sesorang itu telah beriman kepada malaikat dia aan berusaha untuk menjadi seorang yang berani menegakkan kebenaran walaupun sukar. Hal ini kerana Allah SWT mengawasi semua makhluk-Nya adalah melalui malaikat. Malaikat merupakan makhluk ciptaan Allah yang paling taat dan patuh atas segala perintah-Nya. Malaikat dipercaya untuk mengawasi manusia dalam setiap perilakunya, hal ini telah dijelaskan dalam Al-Qur’an yaitu Surah Qaaf ayat 17. Dalam surah ini dijelaskan bahwa Allah memerintahkan kepada malaikat untuk mengawasi manusia dan mencatat segala amal perbuatan manusia, malaikat ini berada di sebelah kanan dan kiri manusia yaitu malaikat Roqib dan Atid.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ ﴿١٦﴾ إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ ﴿١٧﴾ مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang telah dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya.Yaitu ketika kedua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri.Tiada satu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. [Qâf/50:16-18

Dalam Al-Quran juga dijelaskan bahwa kedua malaikat ini mencatat segala amal baik dan juga buruk manusia sehingga tidak ada satupun perbuatan manusia yang luput dari pengawasan Allah dan semua amal perbuatan manusia ini akan dihisab di hari akhir nanti. Oleh itu , ia menjadian seseorang itu sedar bahawa setiap berbuatannya diawasi dan berani untuk menegakkan kebenaran.

Wallahu alam 


Forum Sharing : Berikan satu contoh mukjizat al-Quran dari sudut sains serta huraikan penjelasannya dari sudut saintifik.

PROSES PEMBENTUKAN HUJAN MENURUT AL-QURAN

Seperti yang diketahui hujan merupakan cuaca yang berlaku di kawasan –kawasan tertentu. Para sainstis ada membuat kajian mengenai hujan. Pada abad 20, dengan peralatan yang lebih modern seperti kapal terbang, satelit, komputer, barulah ilmuan menemukan bahawa angin memiliki fungsi yang signifikan dalam proses terbentukanya hujan. Pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.
Namun demikian , Al-quran terlebih dahulu telah menceritakan prose pembentukan ini dalam surah ar-rum , ayat : 48
ٱللَّهُ ٱلَّذِى يُرۡسِلُ ٱلرِّيَـٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابً۬ا فَيَبۡسُطُهُ ۥ فِى ٱلسَّمَآءِ كَيۡفَ يَشَآءُ وَيَجۡعَلُهُ ۥ كِسَفً۬ا فَتَرَى ٱلۡوَدۡقَ يَخۡرُجُ مِنۡ خِلَـٰلِهِۦ‌ۖ فَإِذَآ أَصَابَ بِهِۦ مَن يَشَآءُ مِنۡ عِبَادِهِۦۤ إِذَا هُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ
"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)
Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi yang lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan;

أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يُزۡجِى سَحَابً۬ا ثُمَّ يُؤَلِّفُ بَيۡنَهُ ۥ ثُمَّ يَجۡعَلُهُ ۥ رُكَامً۬ا فَتَرَى ٱلۡوَدۡقَ يَخۡرُجُ مِنۡ خِلَـٰلِهِۦ وَيُنَزِّلُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن جِبَالٍ۬ فِيہَا مِنۢ بَرَدٍ۬ فَيُصِيبُ بِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَصۡرِفُهُ ۥ عَن مَّن يَشَآءُ‌ۖ يَكَادُ سَنَا بَرۡقِهِۦ يَذۡهَبُ بِٱلۡأَبۡصَـٰرِ
"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)
Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan fakta gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas.

Justeru, fakta sains yang dikaji sebenarnya telah pun tertulis di dalam Al-Quran. Al-Qur’an mengemukakan lagi penjelasan yang paling benar mengenai fenomena ini dan juga telah mengumumkan fakta-fakta ini kepada orang-orang pada ribuan tahun sebelum para sainstis memebuat kajian lagi. Allah telah memberitahu kita suatu informasi yang tak mungkin dapat diketahui 1400 tahun yang lalu.
Sekian terima kasih.

Pengalaman Temuduga di UPSI, Tanjung Malim.

Bismillah. Assalamualaikum semua. InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya menduduki ujian  Temuduga UPSI. Baiklah...